Saturday 13 July 2013

Jom pergi ke sekolah !

Assalamualaikum  **tak jawab dosa kalau jawab nak cium**


Aku rasa banyak hikmah yang wujud time bulan Ramadhan ni . Antaranya aku teramat amatlah RAJIN meng'update' entry baru dekat blog aku nie . Apa ade hal ? Wifi ada , laptop ada so dengan pantasnya jari jariku yang runcing **runcing laa sangat jari kau tue ini menari nari di atas keyboard yang cantik ini . Idea mencurah curah nie . Azam pagi nie , mesti publishkan jugak entry nie . BY THIS MORNING .




Actually pagi tadi aku bangun tido pukul 7.46 pagi **tue pon sebab ayah yang kejutkan . Bangun sahaja dari tido terus teringat yang aku harus mulakan rutin aku yang baru iaitu MENGHANTAR SI KECIK ALIFF IQBAL KE SEKOLAH . Dah nama nak ke sekolah , memang banyaklah kerenahnya kan ? Aku tau korang semua ponn mesti pernah buat macam macam kerenah bila nak pegi sekolah . Malas nak ke sekolah laa katakan . Macam macam perangai yang korang buat kan ? Dengan pantasnya aku mandikan dia , pakaikan bedak dekat badan dia **part nie aku paling suka sebab aku suka pakaikan bedak banyak banyak dekat budak then aku akan make sure yang bedak tue akan bertompok tompok . Nama lagi budak . Aku pakaikan baju dia , siapkan bekalan dia then terus bawak dia ke sekolah .




Time mandi , pakai baju , makan semuanya berjalan dengan smooth saje . Sampai part nak masuk kereta perangai dia yang buat aku geram bermula . Mulalah nak nangis nangis bagai , kata nak pakai baju baru lah , kasut basah lah , tak nak pergi dengan kereta lah . Kau ingat bapak kau tue kaya ke Aliff oitt ? Ayah tue ada kereta dengan motor saja , nak pergi dengan motor ? Memang tak lah memandang ini waktu pagi . Sejuk okay ?




Dah sampai sekolah dia , barulah perangai dia okay balik . Budak budak bila dah jumpa dengan kawan kawan , benda yang dia tak suka ponn dia akan kata dia suka . Lumrah kehidupan seorang kanak kanak . After that aku terus bali umah . Dah sampai umah baru tetiba boleh pulak terkenangkan zaman aku sekolah dulu .






- kechingg - bunyi switch mode IMBAS KEMBALI






Di pagi yang hening , terdengarlah satu suara yang boleh memecahkan gendang telinga semua manusia kecuali AKU .



ADIIIIKKKKK !!!!!!! BANGUUUUUUNNNNNNN !!!!!!


krikk ... krikk ... krikk ....


ADIK ! BANGUN PEGI SEKOLAH !!



Seorang ayah yang sangat geram dengan anak perempuan bongsu dia yang sorang saja dengan pantasnya pegi ke bilik anak dara tersebut . Bukak pintu terus nampak yang anak dara dia sedang enak tido berselimutkan comforter . Dengan pantas si ayah terus menghampiri anak dia lantas digoncang goncang badan anak dara dia tersebut .



Adik , bangun . Pergi sekolah . Dah lambat nie .

Nantilah laa ayah . Adik ngantuk sangat nie

Takde nanti nanti . Dah pukul bape nie . Nanti lambat pegi sekolah .

Taknak pegi sekolah bole tak ayah ?

JANGAN NAK MENGADA !!!! BANGUN SEKARANG JUGAK !!



Dengan pantasnya si anak terus bangun lalu masuk ke bilik air . Mana boleh tunggu lama lama . Mau kena babab bontot dengan ayah nanti . Ayah tue kalau dah menyinga dengan sape sape ponn dia bengis . Tak kira lah , isteri ke anak ke , semuanya akan dihamun . So , pengajarannya di sini  JANGAN SESEKALI BANGKITKAN KEMARAHAN AYAH OKAY ?





After 30 minit **saje siap lambat , untung tak payah pegi sekolah sebab dah lambat





Adik , umi dah tinggalkan adik . Japg ayah hantarkan

What ?? Napa umi tinggal adik ? Kejam laa umi nie 

Sape suruh siap lambat sangat




Tak sampai 15 minit , kitorang dah ada dalam kereta . Ayah dengan cekap , pantas dan efisien tetapi masih berhati hati memandu kereta ke sekolah . Tak sampai 20 minit dah sekolah . Pantas dan efisien tak ayah saya drive ?  :)


dah sampai sekolah saya .  :)




Pergi sekolah belaja . Jangan main main .

Iye lah ayah . Adik akan main main

Tengok perangai dia . Bukan nak dengar cakap ayah .

Hehehehe , gurau saje ayah . Adik akan belaja sungguh sungguh okay ?


** salam tangan ayah **


Assalamualaikum ayah

Hemm .. waalaikumsalam




Masuk sekolah memang dah tak sempat nak masuk kelas sebab perhimpunan dah bermula . So terus lajak ke dataran perhimpunan lah . Kebiasaannya kalau muka aku nie memang akan berbaris dengan barisan orang datang lambat lah . Dari tempat aku berbaris nampak muka umi yang tengah duduk atas kerusi yang disediakan khas untuk guru . Sampai hati umi tinggal adik . Fyi , sebenarnya aku dengan umi berada di sekolah yang sama . Bezanya umi cikgu aku pelajar . Dekat sekolah kitorang profesional . No more umi , no more adik/Amirah . Everything is cikgu and awak . Hari hari kami akan membacakan Asma' ul husna dan zikir munajat . Lepas tue mesti mengaji . Cikgu cakap sikit sikit then boleh masuk ke kelas .



nie gambar dataran perhimpunan kitorang . rindu dataran ni .





Bila dah masuk kelas , bermulalah dunia seorang pelajar . Rutin aku hari hari adalah aku akan bercakap dengan member member aku selagi cikgu tak masuk ke kelas . Sebab tue aku digelar mulut murai . Nice name right ? Kekadang tue cikgu masuk ponn aku still menyembang dengan kawan kawan . Sampai kena tegur dengan cikgu . Lepas tue mesti senyum kambing sebab malu . Memang susah nak tengok aku diam dalam kelas . Melainkan ada homework yang aku tak sempat nak siapkan . Memang aku confirm diam sebab aku nak tiru orang lain punya keje . Adat budak sekolah belajar . Jangan tiru okay ?







Kelas akan berjalan dengan lancar sampai waktu rehat . Fyi lagi , sekolah aku nie ada dua kali rehat . First time pukul 10.00 pagi . Second waktu Zuhur . Kebiasaannya aku akan makan banyak time pukul 10.00 pagi sebab perut dah menyanyi lagu rock kapak dah time tue . Aku akan ke kantin then makan nasi lauk ayam gulai . Kenyang beb . Lepas tue mesti akan beli air masak plus roti gardenia ikan bilis . Mana tak gemuk ? Makan mengalahkan orang yang ada dekat Gaza . Kebulur bebenor . Time rehat yang second , biasanya aku takkan makan pape dah . Tapi kalau lapar , aku makan jugak . Nasi goreng ke , mee goreng ke . Aku akan makan benda benda macam nie kalau aku ada kelas tambahan atau kelas ganti . Bayangkanlah , balik sekolah time biasa ponn dah pukul 2.30 atau pukul 3.00 . Kalau ada kelas tambahan atau kelas ganti ? Confirm balik pukul 4.00 atau 5.00 petang lah . Mana tak lapar kan ? Sebaiknya , baik aku makan demi keselamatan . Safety first okay ?






Time balik sekolah merupakan time yang aku sangat sangat happy . Sebab ? Keluar saje kelas aku akan pegi dekat koridor hujung depan makmal then usha senior yang aku minat . Adalah someone tue . Tak mau share dengan hangpa . Sebab aku malu . But , sampai sekarang aku boleh usha dia sebab .................. ( isi tempat kosong tidak melebihi 20 patah perkataan ) . Aku balik sekolah mesti dengan umi . Takkan nak suruh ayah amek kan ? Menyusahkan ayah yang tengah keje saje .





Okay lah , sampai sini je entry kali nie . Nie jee yang mampu aku ceritakan dekat korang semua . Actually banyak lagi benda menarik tapi tak reti nak cerita macam mana .  :)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK JIRING ( SMKATJ )




Lencana sekolah saya ( SMKATJ )





NOTE  :  Ayah merupakan insan yang paling aku sayang dari dulu hingga kini dan akan berterusan sampai hujung nyawa aku . In shaa Allah .

No comments:

Post a Comment

yess ? (^_^)